CALENDARSHOPABOUT US
HOMEVISITCOLLECTIONSEXHIBITIONSWHATS ONRESEARCHKIDSEDUCATIONSearch
visit

Malay

Muzium Negara dibuka di Canberra pada bulan Mac 2001 dan inilah muzium pertama di negara yang khusus mengisahkan negara dan rakyat Australia, dengan meninjau isu, peristiwa dan orang penting yang mencorakkan dan mempengaruhi sejarah negara ini.

Teknologi terkini dan reka bentuk pameran menyampaikan riwayat Australia dengan menarik dan berdaya cipta, melalui penggunaan multimedia, persembahan secara langsung dan kegiatan amali, yang menarik minat segenap golongan khalayak.

Bangunan yang berilhamkan teka-teki susun suai gambar ini menggambarkan kisah-kisah saling berkait yang membentuk sejarah Australia. Reka bentuk ini memperoleh pengiktirafan antarabangsa pada lewat tahun 2001, dengan memenangi Anugerah Seni Bina Induk yang berprestij di London bagi Bangunan Awam Baru Terbaik Tahunan di dunia.

Di dalam Muzium Negara, pengunjung berpeluang melihat kulit Harimau Tasmania yang pupus, sebahagian daripada koleksi terbesar lukisan kulit kayu Orang Asli Australia, pakaian banduan dan barang-barang daripada Sukan Olimpik Sydney 2000.

Muzium ini juga menyediakan restoran bermutu tinggi, yang mempersembahkan pemandangan mempesonakan Tasik Burley Griffin dan yang kini sendiri menjadi destinasi istimewa. Satu daripada dua kafe yang disediakan di sini bertempat di sebelah Taman Impian Australia taman dan arena budaya yang menakjubkan. Kafe kedua terletak di Ruang Legar Muzium yang mengagumkan. Kedai Muzium menawarkan koleksi lengkap buku Australia, hasil seni dan kraf tangan bermutu, muzik, dan barangan untuk kanak-kanak.

Muzium Negara Australia terletak di Lawson Crescent, Semenanjung Acton, Canberra, Australia dan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali Hari Krismas. Tiada bayaran masuk ke pameran tetap, manakala beberapa program dan kegiatan khas dikenakan bayaran masuk.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rancangan perjalanan anda ke Australia, kunjungi www.australia.com